Pas sokong penggantungan pemakaian baju oren SPRM

Pas sokong penggantungan pemakaian baju oren SPRM

TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Keputusan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggantung sementara pemakaian baju oren terhadap individu yang diperintah reman disambut baik oleh Pas dan menyifatkan ia sebagai langkah positif.

Timbalan Presiden Pas Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ia bertujuan mengelakkan seseorang yang baru dituduh dan hadir ke mahkamah untuk mendapatkan lanjutan tempoh reman daripada diaibkan.

“Saya peribadi memang sangat setuju. Mereka ini perlu dibawa baru nak minta untuk sambung reman, bukan mahu tuduhan.

“Jadi bila pakai pakaian baju oren digari dan sebagainya, seolah-olah mereka sudah bersalah ataupun buat di bicara mahkamah,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri ceramah Sambutan Jubli Intan 75 Tahun Pas di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK) Pengkalan Chepa di sini malam tadi.

Utusan Malaysia semalam melaporkan, pemakaian baju oren bagi orang kena siasat (OKS) yang dibawa ke mahkamah untuk permohonan reman digantung serta-merta.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Abd. Halim Aman berkata, ia diambil susulan perkembangan terkini dan saranan semasa berkaitan tatacara pengendalian OKS khususnya ketika proses membawa mereka ke mahkamah.

Katanya, OKS dibenarkan memakai pakaian biasa ketika dibawa ke mahkamah manakala pemakaian baju lokap hanya terpakai sepanjang tempoh OKS berada dalam tahanan.

Terdahulu, individu yang hanya dipanggil bagi membantu siasatan tidak perlu dipakaikan baju oren SPRM kerana ia boleh menimbulkan persepsi berbeza terhadap mereka.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, individu yang hanya memberi kerjasama kepada pihak berkuasa wajar disiasat terlebih dahulu sebelum sebarang tindakan lain diputuskan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×