IPU Serian lepasi tahap darurat

IPU Serian lepasi tahap darurat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Serian, Sarawak melepasi 500 iaitu tahap yang boleh diisytiharkan darurat.

Bacaan IPU yang direkodkan setakat pukul 2 petang tadi mencecah 521.

Menurut portal Sistem Pengurusan IPU Jabatan Alam Sekitar (JAS), bacaan IPU tahap bahaya direkodkan untuk Kuching (311) manakala sangat tidak sihat di Samarahan (284) dan Sri Aman (235).

Memuatkan artikel berkaitan…

Ahad lalu, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Douglas Uggah Embas berkata, darurat jerebu boleh diisytiharkan di daerah yang merekodkan bacaan IPU mencecah 500 dengan pejabat sektor awam serta swasta akan ditutup, kecuali perkhidmatan penting.

Keadaan lebih membimbangkan apabila beberapa kawasan lain turut merekodkan bacaan dalam kategori tidak sihat.
Antaranya Sarikei (182), Sibu (181), Mukah (177), Bintulu (157), Samalaju (146) dan ILP Miri (122).

Di Sabah pula, bacaan tidak sihat direkodkan di Politeknik Kota Kinabalu (152), Tawau (151) dan Sandakan (140) manakala di Johor membabitkan Pasir Gudang (128) dan Segamat (115).

Bacaan melebihi 300 dikategorikan sebagai berbahaya manakala bacaan melebihi 500 berada pada kategori kecemasan berdasarkan pengelasan JAS. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini