Bukan hendak merendahkan penganugerahan, saya memang tidak kejar gelaran Datuk - Faizal Tahir - Utusan Malaysia

Bukan hendak merendahkan penganugerahan, saya memang tidak kejar gelaran Datuk – Faizal Tahir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Faizal Tahir, menegaskan dia tidak pernah mengejar gelaran Datuk dan hanya mahu memberi tumpuan kepada kerjaya seninya tanpa mengharapkan sebarang pengiktirafan.

Faizal atau Ahmad Faizal Mohammad Tahir, 47, berkata, dia tidak pernah meletakkan penganugerahan sebagai matlamat sepanjang berkarya dan menganggap perkara itu bukan sesuatu yang perlu difikirkan.

“Saya tidak mengajar benda macam itu dan saya tidak mengharapkan benda seperti itu. Saya tidak buat kerja untuk mengharapkan pengiktirafan daripada orang sekeliling.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bagi saya, yang penting saya fokus pada kerja saya. Perkara lain saya langsung tidak fikir,” katanya.

Faizal Tahir berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Sesi Ramah Mesra bersamanya di ibu negara, semalam.

Faizal berkata, dia tidak pernah menjadikan gelaran atau pengiktirafan sebagai sasaran utama dalam kerjayanya.

“Bukan saya hendak merendahkan sesuatu penganugerahan atau pengiktirafan. Tetapi saya rasa ia bukan sesuatu yang perlu saya kejar.

“Kalau ada orang rasa saya layak untuk dapat, saya terima dengan penuh kesyukuran. Tetapi itu bukan benda yang saya cari,” katanya.

Ujarnya, dia hanya akan bercakap mengenai perkara tersebut apabila ia benar-benar berlaku.

“Saya tidak fikir benda macam itu. Kalau perkara itu benar-benar terjadi, barulah saya cerita.

“Saya hendak fokus dengan kerja saya sahaja. Saya memang langsung tidak mengharapkan perkara itu.

“Apa sahaja penganugerahan yang saya terima sebelum ini atau selepas ini, bagi saya ia satu bonus. Ia memberi semangat kepada saya untuk terus berkarya,” katanya.

Sebelum ini, nama Faizal menjadi bualan pengguna media sosial apabila ada yang berpendapat penyanyi itu wajar diberikan gelaran Datuk atas sumbangannya memperjuangkan lagu-lagu patriotik dan karya yang dekat dengan masyarakat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini