Muktamar: Awal atau lambat, Pas sudah sedia hadapi PRU16

Muktamar: Awal atau lambat, Pas sudah sedia hadapi PRU16

ABDUL Hadi Awang (tengah) semasa hadir merasmikan Muktamar Dewan Ulama Pas di Kota Bharu, Kelantan. - UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pas sudah membuat persiapan dan bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) pada bila-bila masa sekiranya kerajaan memutuskan berbuat demikian.

Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata,  parti itu sudah biasa berdepan keadaan sedemikian.

“Terpulang kepada kerajaanlah, kita ikut sahaja. Parti sentiasa bersiap sedia termasuk dari segi persiapan calon bagi menghadapi sebarang kemungkinan,” katanya selepas merasmikan Muktamar Dewan Ulama Pas di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Media sebelum itu melaporkan, UMNO dan Barisan Nasional (BN) mengambil pendirian bahawa adalah lebih baik PRU16 diadakan lebih awal, iaitu sebelum menghampiri tempoh penggal Parlimen yang sepatutnya berakhir hujung tahun depan.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang juga Presiden UMNO berkata, langkah sedemikian membolehkan mandat mentadbir kerajaan Persekutuan diperoleh kembali daripada rakyat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini