Agong, Raja Permaisuri Agong berangkat ke Johor Super Crown Polo

Agong, Raja Permaisuri Agong berangkat ke Johor Super Crown Polo

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bersama Tunku Mahkota Ismail di Johor Super Crown Polo Tournament (JSCPT) 2026 di Padang Polo Diraja, Istana Pasir Pelangi, Johor hari ini.-FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri, Raja Zarith Sofiah berangkat ke Johor Super Crown Polo Tournament (JSCPT) 2026 di Padang Polo Diraja, Istana Pasir Pelangi, Johor hari ini.-FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Keberangkatan Seri Paduka Baginda berdua diiringi Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail dan Keluarga Diraja Johor.

Turut berangkat, Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor dan Raja Muda Johor, Tunku Iskandar Ibni Tunku Ismail. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut hantaran di Facebook Sultan Ibrahim, JSCPT 2026 yang berlangsung sehingga 6 September ini merupakan kejohanan polo berstatus elit 22 jaringan (22-goal handicap) dengan penyertaan lima pasukan elit dibarisi pemain bertaraf dunia termasuk beberapa juara Argentine Open.

Katanya, kejohanan berkenaan merupakan cetusan ilham Tunku Mahkota Ismail dan membawa kempen rasmi ‘Legacy In Motion’ yang mengetengahkan kesinambungan legasi serta warisan polo Diraja Johor.

“Kelab Polo Diraja Johor merupakan antara kelab polo tertua dan paling berprestij di Asia, dengan sejarah serta legasi yang berakar kukuh dalam warisan Diraja Johor.

“Mengimbas kembali, Seri Paduka Baginda juga merupakan seorang penunggang dan pemain polo profesional sejak di awal usia muda. 

“Sultan Ibrahim pernah menyertai perlawanan di Singapura, Manila, Hong Kong, mahupun pertandingan jemputan bersama Kerabat Diraja England,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini