Jadikan pertanian kerjaya profesional - Mohamad Sabu

Jadikan pertanian kerjaya profesional – Mohamad Sabu

MOHAMAD Sabu (dua kanan) bersama Ketua Pengarah MARDI, Datuk Dr Mohamad Zabawi Abdul Ghani menunjukkan Varieti Limau Bali Melomax dan Ubi Keledek V8 pada Majlis Pelancaran Varieti Baharu MARDI sempena Perasmian Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2026 hari ini. UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERDANG: Golongan muda terutama anak bumiputera, digesa menghentikan tanggapan bahawa pertanian hanyalah aktiviti sampingan, sebaliknya perlu mula serius menjadikannya sebagai kerjaya profesional sepenuh masa.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, perubahan cara fikir ini penting supaya negara mempunyai bekalan makanan yang cukup dan boleh dijual dengan lebih luas.

“Sekarang sudah ramai anak muda yang ada kelulusan tinggi, termasuk jurutera, mula berani bertani secara besar-besaran.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya sangat gembira melihat anak muda bumiputera mula bertani sepenuh masa. Ada yang dulunya jurutera, tetapi sekarang mereka beralih kepada perniagaan tani.

“Contohnya, ada anak muda dari Terengganu yang saya jumpa berjaya tanam ubi keledek seluas 200 ekar. Inilah yang kita mahukan, supaya mereka ambil peluang ini sebagai kerja tetap,” katanya ditemui pemberita selepas merasmikan Varieti Baharu Limau Bali dan Keledek MARDI di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), di sini hari ini. 

Katanya, anak muda juga perlu lebih berani bersaing dalam pasaran sekarang dengan kelebihan yang sedia ada. 

“Kita kena bersaing kerana orang kita sebenarnya mampu buat. Tetapi syaratnya, mesti beri tumpuan sepenuhnya pada kerja ini. Kalau sekadar tanam di rumah untuk makan sendiri, itu cerita lain. Tetapi kalau mahu jadikan kerjaya, buatlah betul-betul secara sepenuh masa. Itu barulah hebat,” katanya.

Pada majlis itu, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) turut memperkenalkan jenis baharu limau bali dan ubi keledek (V8) lebih bermutu.

Sebanyak 300 anak pokok limau bali dan 30,000 benih ubi keledek turut diberikan kepada enam penerima untuk mula ditanam di Selangor, Kelantan dan Sabah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini