Sektor swasta diminta perlu beri kelonggaran kepada atlet renang

Sektor swasta diminta beri kelonggaran kepada atlet renang

Atlet renang negara, Phee Jinq En meraih pingat perak acara 100 meter kuak dada wanita Sukan SEA Kemboja 2023 dalam aksi yang berlangsung di Pusat Akuatik Nasional Morodok Techo, Phnom Penh baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta untuk berbincang dengan sektor swasta agar atlet renang yang bekerja dengan mereka diberikan kelonggaran dan kebenaran untuk menguruskan kerjaya sebagai atlet di samping meneruskan pekerjaan hakiki.

Presiden Persekutuan Renang Malaysia (MS), Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, beliau mengharapkan campur tangan kerajaan dalam soal itu bagi mengelak sukan renang kehilangan atlet atas faktor kerjaya, sekali gus menyebabkan kerugian kepada negara.

Shahidan berkata, keutamaan perlu diberikan kepada atlet renang memandangkan keupayaan mereka selalunya terhad sehingga umur 25 tahun sahaja dan isu itu membabitkan masa depan mereka selepas bersara.

“Ini satu cabaran tetapi bukan untuk persatuan, tetapi untuk kerajaan berbincang dengan pihak swasta. Pihak swasta perlu beri ruang kepada perenang-perenang agar mereka boleh berlatih waktu petang.

“Sekarang ini bila mereka bekerja dan tidak ada masa buat latihan akhirnya mereka berhenti begitu saja. Lepas umur 25 tahun, seringkali kita hilang perenang, menyebabkan kita kena latih yang baru.

“Kita akan cadangkan kepada kerajaan supaya mana-mana atlet kita yang bekerja dengan sektor swasta agar diberikan peluang uruskan kerjaya sebab renang ada waktu kemuncak, tidak macam penerjun, mereka tiada masalah.

“Atlet terjun boleh terus jadi atlet walaupun sudah senior tetapi renang bila sampai waktu tertentu, mereka perlu berhenti.

“Yang keduanya, dalam sektor kerajaan pula seperti polis dan tentera, mereka benarkan atlet mereka buat latihan sepanjang masa. Ini tentang kerjaya dan masa depan, sebab itu perlu diambil kira bersama,” katanya.

Tambah Shahidan, cadangan itu timbul setelah melihat prestasi atlet renang dalam Sukan SEA 2023 di Kemboja, bulan lalu yang hanya memenangi satu pingat emas sahaja berbanding sukan terjun yang meraih empat pingat emas.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya