Warga emas maut bot fiber terbalik di Tasik Kenyir

Warga emas maut bot fiber terbalik di Tasik Kenyir

SEORANG wanita berusia 63 tahun maut dipercayai akibat lemas selepas bot fiber yang dinaikinya bersama ahli keluarga terbalik di kawasan Gua Bewah, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu. - IHSAN POLIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Seorang wanita berusia 63 tahun maut selepas bot fiber yang dinaiki bersama ahli keluarganya terbalik di kawasan Gua Bewah, Tasik Kenyir, di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Superintenden Sharudin Abdul Wahab berkata, pihaknya menerima makluman berhubung kejadian itu kira-kira pukul 6.45 petang.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa bersama ahli keluarganya menaiki bot fiber untuk bersiar-siar di kawasan berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selepas lebih kurang 30 minit, bot tersebut dipercayai melanggar tunggul kayu sebelum terbalik dan menyebabkan mangsa terjatuh ke dalam air. Mangsa dapat dibawa naik dan dibawa ke sebuah rumah bot dan bantuan resusitasi kardiopulmonari (CPR) diberikan oleh ahli keluarganya,” katanya dalam hari ini.

Menurutnya, mangsa dibawa ke daratan dengan bantuan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.

Sharudin berkata, hasil pemeriksaan dan siasatan awal mendapati tiada sebarang unsur jenayah dikesan dalam kejadian berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini