18,000 polis dikerah kawal himpunan antikerajaan di Indonesia

18,000 polis dikerah kawal himpunan antikerajaan di Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Indonesia memperketat kawalan keselamatan di sekitar Parlimen di ibu negara dan beberapa bandar utama lain susulan himpunan yang berlangsung pada Khamis, setahun selepas gelombang tunjuk perasaan antikerajaan tercetus di seluruh negara.

Ribuan pelajar dan orang awam menyertai demonstrasi pada Ogos tahun lalu bagi membantah keutamaan perbelanjaan kerajaan. Rusuhan yang berlaku menyebabkan 10 orang maut, hampir 7,000 ditahan manakala ratusan lagi dijatuhi hukuman.

Pelajar dijangka berhimpun di Jakarta, Yogyakarta dan Makassar pada Khamis bagi membantah dasar kerajaan serta mendesak hukuman lebih berat terhadap pesalah rasuah.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tinjauan Tempo, sebuah organisasi media penyiasatan terkemuka, menunjukkan tahap sokongan terhadap Presiden Prabowo Subianto merosot kepada 38 peratus pada Ogos.

Kerajaan Prabowo kini berdepan tekanan susulan pelaksanaan program populis yang menelan kos tinggi dan menimbulkan kebimbangan pelabur serta orang awam.

Program makanan percuma menjadi antara punca utama ketidakpuasan hati, selepas berdepan isu tadbir urus, kes keracunan makanan secara besar-besaran serta cabaran undang-undang.

Menteri Penyelaras Hal Ehwal Keselamatan, Djamari Chaniago, berkata penempatan anggota keselamatan itu bukan bertujuan menyekat kebebasan bersuara.

“Kami akan mengiringi mereka supaya aspirasi dapat disampaikan dengan baik,” katanya.

Sekurang-kurangnya 18,000 anggota polis dikerahkan berhampiran kompleks Parlimen, lapor Tempo. Bas polis dan trak tentera turut dilihat di beberapa jalan utama di Jakarta, menurut saksi Reuters.

Di Jakarta, tiga kumpulan dijangka mengadakan demonstrasi, termasuk pelajar dari beberapa universiti yang menuntut penamatan program makanan percuma dan ‘militarisasi’, selain penurunan harga barangan keperluan asas, kata wakil mereka, Kahirul Ammar, kepada Reuters.

“Kami memilih 27 Ogos untuk memperingatinya kerana tahun lalu berlaku rusuhan dan pelbagai insiden lain. Hari ini kami mahu menyampaikan aspirasi, bukan mencetuskan rusuhan,” katanya sambil memaklumkan demonstrasi akan bermula petang Khamis.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini