Madam Kwan's catat MBOR jual 245,362 nasi bojari

Madam Kwan’s catat MBOR jual 245,362 nasi bojari

MAUREEN bersama suami dan ibu mentuanya, Kwan Swee Lian.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KIRA-kira 30 tahun lalu, nasi bojari bukan antara menu yang mahu diteruskan Kwan Swee Lian ketika membuka restoran Madam Kwan’s.

Bukan kerana tidak menyukainya, sebaliknya dia merasakan hidangan itu masih belum cukup sempurna, terutama dari segi penyediaan ayam.

Namun, keputusannya itu ternyata tepat apabila nasi bojari kini menjadi antara sajian ikonik jenama berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Malah, sebanyak 245,362 hidangan terjual di seluruh negara dalam tempoh setahun sekali gus mencatat rekod dalam Malaysia Book of Records (MBOR), baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Madam Kwan’s, Datin Maureen Ooi berkata, pengiktirafan tersebut membuktikan yang nasi bojari sememangnya menjadi antara hidangan kegemaran rakyat Malaysia sejak diperkenalkan pada 1999.

“Sajian istimewa ini diilhamkan daripada resipi diraja dengan menampilkan nasi tiga warna yang harum bersama paha ayam goreng, udang asam, rendang daging dan telur rebus.

“Bukan itu sahaja, ia turutmenjadi antara ciptaan Madam Kwan’s yang paling dikenali dan terus digemari pengunjung daripada pelbagai generasi,” katanya.

Selain itu, Madam Kwan’s turut meraikan satu lagi pencapaian apabila 17 cawangannya di seluruh Semenanjung selain dapur utama telah memperoleh pensijilan Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Perkembangan itu mengukuhkan komitmen jenama berkenaan untuk menyediakan bahan-bahan halal berkualiti, prosedur pengendalian tepat dan piawaian kebersihan ketat sepanjang operasinya.

“Semua pencapaian ini mencerminkan perjuangan Madam Kwan’s iaitu, legasi kepercayaan dan keenakan rasa sajian kegemaran rakyat Malaysia yang terhasil melalui keaslian, konsistensi dan komitmen tanpa kompromi terhadap kualiti,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini