Perkukuh fungsi masjid sebagai wadah penyatuan ummah

Perkukuh fungsi masjid sebagai wadah penyatuan ummah

JOHARI Abdul Ghani turut serta dalam Perarakan dan Sambutan Maulidur Rasul di Masjid Jamek Kampung Baru, Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Fungsi masjid tidak seharusnya terbatas kepada urusan ibadah, sebaliknya perlu diperkukuh sebagai wadah penyatuan ummah, penyebaran ilmu dan pembinaan generasi muda.

Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, peranan masjid sebagai pusat pembangunan masyarakat dapat dilihat sejak zaman Rasulullah SAW, khususnya selepas penghijrahan baginda ke Madinah.

Katanya, pembinaan masjid ketika itu bukan sahaja menjadi tempat umat Islam beribadah, malah berperanan menyatukan masyarakat serta mengukuhkan persaudaraan antara golongan Muhajirin dan Ansar.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Perbezaan latar belakang tidak seharusnya menjadi penghalang kepada pembinaan masyarakat. Sebaliknya, kita perlu mencari titik persamaan, saling menghormati dan bekerjasama demi kebaikan bersama.

“Perbezaan tidak seharusnya menjadi sebab untuk kita berpecah, sebaliknya menjadi kekuatan apabila kita mampu hidup bersama dengan saling menghormati,” katanya ketika berucap pada program Perarakan dan Sambutan Maulidur Rasul di Masjid Jamek Kampung Baru, di sini semalam.

Johari berkata, semangat penyatuan ummah perlu diterjemahkan dalam kehidupan seharian menerusi sikap prihatin terhadap jiran dan masyarakat, khususnya golongan yang berdepan kesusahan.

ADS:D

Menurutnya, masyarakat juga perlu memberi perhatian terhadap keluarga yang memerlukan bantuan serta membimbing generasi muda supaya membesar dalam persekitaran yang baik.

“Nilai yang ditunjukkan Rasulullah SAW wajar diterapkan dalam kehidupan dengan membantu mereka yang memerlukan, mengambil berat kebajikan keluarga serta membimbing generasi muda,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berharap Masjid Jamek Kampung Baru terus menjadi tumpuan masyarakat untuk memperkukuh perpaduan, menyebarkan ilmu, membentuk sahsiah dan membimbing generasi muda.

Katanya, usaha menghidupkan institusi masjid perlu dilakukan secara berterusan dan tidak hanya ketika penganjuran program tertentu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN