Tiada kumpulan pemisah lari ke Malaysia – PGA

Tiada kumpulan pemisah lari ke Malaysia – PGA

KAWALAN sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan terus diperketatkan oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) dalam membendung anasir-anasir luar susulan insiden letupan bom di Selatan Thailand. – UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Tiada anggota kum­­pulan pemisah yang mela­rikan diri ke negara ini susulan siri serangan keganasan di tiga wilayah selatan, Thailand pada Sabtu lalu.

Komander Briged Tenggara, Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain berkata, Pasukan Gerakan Am (PGA) akan mengetatkan kawalan sempadan dan tidak akan berkompromi jika terdapat sebarang cubaan kumpulan pemisah melarikan diri ke negara ini.

“Alhamdulillah, keadaan sempadan Kelantan-Thailand setakat ini selamat, namun kawalan ke­selamatan terus dipertingkatkan sebagai langkah berjaga-jaga.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kawalan keselamatan sentiasa diperketatkan dan petugas barisan hadapan diingatkan supaya bersiap sedia serta berhati-hati ketika menjalankan tugas,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Ahmad Radzi memberitahu, pihaknya turut bersedia menggerakkan aset tambahan terma­suk kenderaan perisai, dron dan pasukan khas bagi menghadapi sebarang kemungkinan susulan insiden letupan bom di negara jiran.

Sebelum ini, media melaporkan Wilayah selatan Thailand kini tidak selamat untuk dikunjungi rakyat Malaysia berikutan insiden keganasan dan letupan bom yang berlaku,

Puluhan insiden keganasan itu dipercayai didalangi kumpulan pemisah berlaku secara se­rentak membabitkan Narathiwat, Yala dan Pattani dalam tempoh hampir dua jam.

Serangan bermula sekitar pu­kul 8 malam itu merangkumi pengeboman, pembakaran pejabat dan kenderaan kerajaan, letupan menara telekomunikasi, rompakan, letupan kedai serbaneka serta pembakaran tayar, selain turut mencederakan orang awam.

Sehubungan kejadian itu, Ke­tua Polis Kelantan, Datuk Mohd. Yusoff Mamat menasihatkan rakyat Malaysia supaya menangguhkan perjalanan ke selatan Thailand jika tiada urusan pen­ting.

Katanya, walaupun tiada rak­yat Malaysia dilaporkan menjadi mangsa dalam siri serangan berkenaan, perkembangan itu perlu dipandang serius. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini