Bapa pandu melulu bawa dua anak ditahan selepas dikejar polis

Bapa pandu melulu bawa dua anak ditahan selepas dikejar polis

Bapa pandu melulu
TANGKAP layar daripada video tular yang memaparkan anggota polis menahan seorang lelaki apabila cuba melarikan daripada pemeriksaan polis dekat Jalan Persiaran Hamzah Alang, di Meru, Klang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Seorang bapa yang nekad memandu terus dan cuba melarikan diri daripada ditahan oleh polis peronda (MPV) dekat Jalan Persiaran Hamzah Alang, Meru di sini, semalam akhir ditahan polis.

Malah, menerusi video yang tular dalam media sosial Threads, lelaki warga tempatan berusia 30-an memandu Toyota Alphard berwarna hitam secara melulu dan berbahaya yang bukan miliknya itu dilihat membawa dua orang kanak-kanak lelaki dipercayai anaknya.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Ramsay Embol berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 6.10 petang itu, polis menahan lelaki terbabit kerana cuba melarikan dan dikejar sehingga empat kilometer.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Siasatan dijalankan mendapati saspek mempunyai beberapa rekod lampau atas kesalahan dadah dan ujian saringan air kencing yang dijalankan ke atas suspek juga didapati positif dadah.

“Polis menjalankan siasatan dibawah Seksyen 188, 186 dan 279 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan mengingkari arahan berhenti dari pihak berkuasa, kesalahan menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan kesalahan memandu secara melulu sehingga membahayakan keselamatan pengguna lain.

Tambahnya, mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan insiden tersebut diminta tampil menyalurkannya kepada Penolong Pegawai Penyiasat Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara, Sarjan Nurul Aida Roslan di talian 016-5033572. – UTUSAN

ADS:D
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN