Pesawat penumpang boleh digodam guna peranti sebesar syiling - Utusan Malaysia

Pesawat penumpang boleh digodam guna peranti sebesar syiling

PERANTI sebesar syiling boleh menggodam pesawat Boeing. - Universiti California San Diego
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Idea penggodam me­rampas kawalan pesawat dalam tempoh kurang seminit mungkin kede­ngaran seperti plot filem sains fiksyen Hollywood.

Namun, sebuah kajian baharu men­dedahkan ancaman berkenaan kini mam­pu direalisasikan menggunakan peranti sebesar syiling 10 pence (RM0.54) Britain.

Kumpulan saintis dari Universiti Ca­lifornia San Diego berjaya membangunkan peranti khas yang berupaya memin­tas dan menguasai komunikasi antara dua komputer utama di dalam pesawat.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sistem itu melibatkan komputer pengurusan penerbangan. Ia juga me­nyasarkan komputer yang memaparkan maklumat laluan penerbangan di dalam kokpit pesawat.

Bagi mengambil alih pesawat Boeing 737, penggodam hanya perlu menyambungkan peranti itu ke port akses yang terletak di bahagian bawah perut pesawat.

Menurut penyelidik, serangan fizikal sedemikian hanya mengambil masa kurang 60 saat untuk dilakukan pada pesawat  Boeing 737, sama ada ketika ia diletakkan di pintu perlepasan mahupun di dalam hangar lapangan terbang.

“Kami yakin dapat membuktikan bahawa akses fizikal terhad (contohnya 60 saat) merupakan sasaran realistik bagi penyerang yang bermotifkan kejahatan,” kata kumpulan penyelidik tersebut dan menegaskan impak daripada akses singkat itu amat signifikan.

Secara amnya, akses fizikal ke atas pesawat sebelum ini tidak dianggap sebagai risiko keselamatan siber yang besar. Bagaimanapun, pasukan itu menjalankan kajian untuk menguji sejauh mana penyerang berupaya mengeksploitasi sistem dalaman pesawat sekiranya mendapat akses fizikal.

“Matlamat penyelidikan ini adalah untuk memberi peringatan awal kepada komuniti penerba­ngan berhubung ri­siko kategori ini agar langkah pen­cegahan da­pat diambil sebelum ia menjadi ancaman baharu,” jelas salah seorang pengarang kanan kajian, Aaron Schulman.

Semasa mengkaji struktur Boeing 737, pasukan itu menemui port penyelenggaraan yang tidak digunakan di dalam ruang Peralatan dan Elektronik (E&E bay). Ia merupakan ruang yang menempatkan sistem elektronik utama pesawat.

Ruang yang terletak di bawah bahagian hidung pesawat itu didapati boleh dicapai dari aras tanah tanpa perlu dikunci. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN