AS tuduh Israel serang pangkalan udara Syria - Utusan Malaysia

AS tuduh Israel serang pangkalan udara Syria

GAMBAR fail seorang askar Syria mengawal Pangkalan Udara Abu Duhur, Idlib. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON/SANAA: Syria dan Amerika Syarikat (AS) menuduh Israel menyerang sebuah pangkalan udara tentera yang tidak lagi digunakan di barat laut di negara itu pada Selasa.

Namun, sebuah badan pemantau berkata, serangan itu berlaku selepas delegasi Turkiye melakukan pemeriksaan di lokasi berkenaan.

Israel tidak mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagaimanapun,  Utusan AS bagi Syria, Tom Barrack berkata di X bahawa serangan udara Israel yang telah disahkan itu dilakukan ke atas pangkalan udara Abu Duhur di wilayah Idlib. 

Israel telah melancarkan ratusan serangan ke atas Syria sejak penggulingan pemerintah lama, Bashar al-Assad pada Disember 2024 oleh kumpulan bersenjata Islamis yang dianggap rejim Zionis sebagai kumpulan jihad.

Israel juga telah menghantar tentera ke zon penampan yang dipantau Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang memisahkan tentera Israel dan Syria di kawasan Golan yang diduduki rejim Zionis sejak 1974.

Rejim itu turut melakukan pencerobohan secara berkala jauh ke dalam wilayah Syria. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN