Kereta EV dicas punca rumah terbakar - Utusan Malaysia

Kereta EV dicas punca rumah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebuah rumah teres dua tingkat di Alam Damai, Cheras, di sini musnah dalam kebakaran pada awal pagi semalam dipercayai berpunca daripada sebuah kenderaan elektrik (EV) yang sedang dicas di depan rumah.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan tentang kejadian itu pada 5.03 pagi.

Beliau berkata setibanya sepasukan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cheras, Sungai Besi dan Bandar Tun Razak ke lokasi kejadian, pihaknya mendapati rumah teres dua tingkat itu telah terbakar 100 peratus.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian, kebakaran berlaku membabitkan rumah teres dua tingkat dengan kemusnahan dianggarkan 100 peratus.

“Kebakaran dipercayai bermula dari sebuah kenderaan jenis EV yang sedang dicas di ruang hadapan rumah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ahmad Mukhlis berkata tiada mangsa cedera dalam kejadian itu dan operasi pemadaman tamat sepenuhnya pada 6.41 pagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN