Cuaca mendung, hujan bantu turunkan bacaan IPU di Pulau Pinang

Cuaca mendung, hujan bantu turunkan bacaan IPU di Pulau Pinang

CUACA mendung dan hujan yang turun di sekitar kawasan Jalan Masjid Negeri, George Town, Pulau Pinang ketika ini membantu menurunkan bacaan IPU di Pulau Pinang.-UTUSAN/DANIAL SAAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Cuaca mendung dan hujan yang turun di kebanyakan kawasan di Pulau Pinang sejak awal pagi tadi membantu memperbaiki kualiti udara di negeri ini.

Berdasarkan data daripada Sistem Pengurusan Kualiti Alam Sekitar Malaysia (MyEQMS) iaitu sehingga pukul 12 tengah hari tadi, bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kesemua empat stesen pemantauan di negeri ini kini berada pada kategori sederhana.

Stesen Minden yang sebelum ini merekodkan bacaan tidak sihat iaitu 107 pada tengah hari semalam kini berkurangan kepada 69; sama seperti bacaan di Stesen Seberang Jaya manakala dua lagi stesen iaitu Seberang Perai dan Balik Pulau pula masing-masing merekodkan bacaan kepada 73 dan 67.

Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia di beberapa lokasi ‘hotspot’ khususnya di sekitar pusat bandar raya di sini mendapati, masalah jerebu kini semakin berkurangan di kebanyakan tempat.

Meskipun hujan masih turun di beberapa kawasan, namun, keadaan cuaca yang dilihat kembali cerah memberi petanda positif bahawa masalah jerebu akan terus berkurangan selepas ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×