4 negeri di Semenanjung dijangka alami hujan lebat, ribut petir

4 negeri di Semenanjung dijangka alami hujan lebat, ribut petir

GAMBAR HIASAN 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Empat negeri diramal mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga lewat petang ini.

Menurut Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), cuaca buruk itu dijangka melibatkan negeri Perak, Pahang, Selangor, dan Negeri Sembilan.

Katanya, kawasan yang diramal terjejas di Perak ialah Selama, Kerian, Larut Matang, Kuala Kangsar dan Batang Padang.

“Di Pahang melibatkan kawasan Bentong, manakala di Selangor, kawasan Hulu Langat.

“Sementara itu di Negeri Sembilan pula melibatkan kawasan Jelebu dan Seremban,” katanya dalam kenyataan hari ini.

MetMalaysia berkata, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter perjam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×