Lelaki tidak serik, lima kali motosikal disita

Lelaki tidak serik, lima kali motosikal disita

MUHAMMAD KIFLI MA HASSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki tidak serik meskipun sudah empat kali motosikalnya disita kerana melakukan pengubahsuaian ekstrem apabila dia sekali lagi ditahan dalam Ops Ekstrem di ibu negara pada Sabtu lalu.

Pengarah Kanan Penguat Kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Muhammad Kifli Ma Hassan berkata, empat motosikal ditunggang lelaki berusia 20-an yang bekerja sendiri itu sudah pernah disita sebelum ini sejak tahun lalu. 

Katanya, siasatan mendapati empat motosikal yang disita sebelum ini adalah milik lelaki terbabit, bapa saudara, ibu saudara dan ayah dan terbaru adalah milik adiknya. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita mendapati lelaki itu melakukan ubah suai ekstrem antaranya tiada brek belakang, tayar sotong, ubah suai enjin serta dipercayai digunakan untuk berlumba serta untuk kepuasan sendiri. 

“Kita akan mengambil tindakan lucut hak ke atas lima motosikal berkenaan,” katanya dalam sidang media Op Ekstrem di Pejabat JPJ Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Beliau berkata, penunggang yang menggunakan motosikal diubah suai secara ekstrem dirayu menghentikan tindakan tidak bermanfaat itu kerana ia juga berisiko membahayakan nyawa. 

Katanya, JPJ menyeru semua pemilik dan penunggang motosikal supaya memastikan kenderaan sentiasa berada dalam keadaan selamat serta mematuhi spesifikasi dan peraturan yang ditetapkan. 

“Pengubahsuaian kenderaan yang tidak mematuhi spesifikasi bukan sahaja saty kesalahan, malah boleh meningkatkan risiko keselamatan kepada pengguna jalan raya serta mengganggu ketenteraman masyarakat,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×