2 ADUN PN antara 10 Exco Negeri Sembilan

2 ADUN PN antara 10 Exco Negeri Sembilan

Istana Seri Menanti.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
PETALING JAYA: Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Perikatan Nasional (PN) antara 10 yang dilantik sebagai Exco Negeri Sembilan.
Dua wakil rakyat PN tersebut, Fairuz Isa (Serting) dan Razali Abu Samah (Sikamat).
Selain itu, lapan Adun Barisan Nasional (BN) termasuk seorang wakil rakyat MCA juga menganggotai pentadbiran negeri.

Adun BN terdiri daripada Mustapha Nagoor (Palong), Faizal Ramli (Linggi), Zaiful Bahri Idris (Chembong), Razi Ali (Sungai Lui), Asna Amin (Lenggeng), Siti Nur Umaira Hasim (Labu), Suhaimizan Bizar (Gemencheh) dan Siow Kong Choon (Chennah).

Terdahulu, barisan ADUN itu mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir dalam Istiadat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan di Istana Besar Seri Menanti, di sini hari ini.

Berangkat ke istiadat itu ialah Tunku Ampuan Besar, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud dan Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz serta Tunku Panglima Besar Tunku Zain Al-‘Abidin Tuanku Muhriz.

Keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 menyaksikan Barisan Nasional (BN) berjaya memperoleh 18 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), manakala Perikatan Nasional (PN) mendapat tujuh kerusi yang membolehkan dua gabungan itu membentuk kerajaan negeri dengan majoriti dua pertiga.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×