Dua letupan di Selat Hormuz - Utusan Malaysia

Dua letupan di Selat Hormuz

DUA letupan kedengaran ketika kapal melalui Selat Hormuz. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUBAI: Sebuah kapal tangki minyak melaporkan terdengar bunyi dua letupan ketika melalui Selat Hormuz berhampiran Oman, menurut agensi maritim Britain pada Khamis, ketika Teheran dan Muscat sedang mengadakan rundingan bagi menguruskan laluan perairan strategik itu secara bersama.

Operasi Perdagangan Maritim United Kingdom (UKMTO) menerusi platform X berkata: “Kapten sebuah kapal tangki melaporkan terdengar dua letupan ketika melalui Selat Hormuz.”

Menurut UKMTO, kejadian itu berlaku kira-kira 10 batu (16 kilometer) di tenggara Kumzar, Oman.

“Laporan mengesahkan semua anak kapal dan kapal berada dalam keadaan selamat. Tiada pencemaran alam sekitar dilaporkan,” katanya.

Iran, yang menguasai Selat Hormuz secara de facto sejak perang di Asia Barat bermula pada 28 Februari, sebelum ini melepaskan tembakan ke arah kapal yang didakwanya gagal mematuhi laluan pelayaran yang dibenarkan. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×