Restu Jiwa Pahlawan semarakkan inovasi lestarikan tulisan Jawi

Restu Jiwa Pahlawan semarakkan inovasi lestarikan tulisan Jawi

LORENICA Frenila Masundim (tiga daripada kanan) dan Dr. Hazami Jahari (empat kanan) bergambar bersama tetamu kehormat (dari kiri) Asrar Ab. Latif, Noor Ainna Abd Hamid, Dr.Zaidi Ismail Fadli Hijaz, Jennitah Noordin, Dr. Safiee Ahmad, Elmir Hilmi Julianah Kuli, Ezura As’ad Azam selepas pelancaran program Pertandingan Bitara Jawi 2026 di Kota Kinabalu baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Semangat ‘Restu Jiwa Pahlawan’, tema Sambutan Ulang Tahun Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Ke-70, diterjemahkan melalui Pertandingan Bitara Jawi 2026 yang menghimpunkan guru pelatih daripada Institut Pendidikan Guru (IPG) kampus Gaya Kampus Kent, Tuaran dan Kampus Keningau bagi mengetengahkan inovasi pengajaran dan pembelajaran (PdP) tulisan Jawi dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

Pertandingan diadakan di DBP Cawangan Sabah, itu menjadi platform kepada bakal guru mempersembahkan pelbagai inovasi PdP yang kreatif, interaktif dan berasaskan teknologi bagi meningkatkan penguasaan tulisan Jawi dalam kalangan murid.

 

Sebelum pertandingan akhir, DBP Cawangan Sabah dengan kerjasama seorang guru yang mengajar tulisan Jawi, Lorenica Frenila Masundim selaku penceramah jemputan dan Ketua Hakim

Pertandingan Bitara Jawi 2026 mengadakan siri bimbingan di ketiga-tiga kampus IPG berkenaan.
Bimbingan tersebut memberi pendedahan kepada para peserta tentang tulisan Jawi dalam kurikulum Bahasa Melayu, pembangunan inovasi pendidikan dan teknik penyampaian yang lebih berkesan untuk diaplikasikan dalam bilik darjah.

Majlis pelancaran disempurnakan oleh Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk Dr. Hazami Jahari, dan turut dihadiri Ahli Lembaga Pengelola DBP Dr. Safiee Ahmad; Pengarah DBP Cawangan Sabah, Jennitah Noordin dan Ketua Jabatan Pengajian Melayu IPG Kampus Kent, Dr. Caroline@Lorena David serta Penolong Pengarah Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan, Pawasia Baha yang mewakili Pengarah Pendidikan Negeri Sabah.

Penganjuran pertandingan itu adalah selaras dengan tema “Restu Jiwa Pahlawan” yang mengangkat semangat perjuangan dalam memartabatkan bahasa, sastera dan warisan negara. Dalam konteks pendidikan, perjuangan tersebut diteruskan oleh para pendidik melalui penghasilan inovasi yang menjadikan pembelajaran tulisan Jawi lebih menarik, mudah dan relevan dengan keperluan semasa.

Tulisan Jawi bukan sekadar warisan sejarah, malah merupakan lambang identiti bangsa yang pernah menjadi medium utama penyebaran ilmu di Alam Melayu. Oleh itu, usaha melestarikan Jawi perlu digerakkan secara berterusan melalui pendidikan dan inovasi agar khazanah negara ini terus dipelihara serta diwarisi oleh generasi akan datang

Yang turut hadir dalam program tersebut ialah  Perancang Bahasa, Asrar Ab Latif ; Ketua Unit Promosi dan Penataran Noor Ainna Abd Hamid; Timbalan Pengarah II DBP Cawangan Sabah, Dr.Zaidi Ismail; Munsyi Dewan (Jawi), Fadli Hijaz; Pengarah DBP Cawangan Sabah, Jennitah  Noordin; Ahli Lembaga Pengelola DBP, Dr. Safiee Ahmad; Hakim jemputan daripada Universiti Malaysia Sabah,  Dr. Earnie Elmir Hilmi ; Timbalan Pengarah I DBP Cawangan Sabah,  Julianah Kuli dan Ketua Unit Pembinaan dan Penyelidikan merangkap Munsyi Dewan (Bahasa), Ezura As’ad Azam, 

UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×