Fadillah bakal jalani pembedahan pintasan jantung di IJN

Fadillah bakal jalani pembedahan pintasan jantung di IJN

FADILLAH YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof bakal menjalani pembedahan pintasan jantung di Institut Jantung Negara (IJN) dalam masa terdekat atas nasihat pasukan pakar perubatan.

Setiausaha Akhbarnya, Datuk Misiah Taib, berkata keadaan Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) bagaimanapun dilaporkan stabil.

“Beliau dinasihatkan supaya berehat sepenuhnya dan tidak digalakkan menerima pelawat, bagi memastikan proses rawatan serta pemulihan berjalan lancar,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sehubungan itu, pihak keluarga memohon orang ramai mendoakan supaya urusan pembedahan serta rawatan Fadillah dipermudahkan, sekali gus dikurniakan kesembuhan dan dapat kembali menjalankan tugas seperti biasa.

Menurut kenyataan itu lagi, pihak keluarga beliau turut merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak atas doa, sokongan serta keprihatinan diberikan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×