SEREMBAN: Saingan sengit di Dewan Undangan Negeri (DUN) Nilai apabila Barisan Nasional (BN) mendahului tipis dengan 934 undi berdasarkan keputusan tidak rasmi.
BN hanya mengatasi Pakatan Harapan (PH) dengan perbezaan 13 undi yang memperoleh 921 undi, manakala Parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) meraih 847 undi selepas keputusan tujuh daripada 66 saluran diperoleh.-UTUSAN










