Anwar mendoakan kesihatan Agong

Anwar mendoakan kesihatan Agong

ANWAR Ibrahim
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendoakan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim agar dikurniakan keafiatan berpanjangan susulan Seri Paduka yang sedang menjalani rawatan susulan.

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Anwar turut mendoakan agar Seri Paduka Baginda sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Allah SWT.

“Mendoakan agar Kebawah Duli Yang Maha Mulia Baginda Tuanku dikurniakan keafiatan yang berpanjangan serta berada dalam lindungan dan rahmat Allah SWT,” katanya.

Terdahulu, akhbar ini melaporkan Sultan Ibrahim menjalani rawatan susulan bagi merawat kesakitan muskuloskeletal melibatkan otot dan tulang di bahagian belakang serta pinggul.

Menurut Istana Negara, Seri Paduka dinasihatkan oleh pakar perubatan supaya berehat sebelum menjalani rawatan susulan bagi memberi ruang kepada proses pemulihan.

Berikutan itu, Yang di-Pertuan Agong tidak berangkat ke Istiadat Perbarisan Sambutan Hari Pahlawan di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya yang berlangsung hari ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN