Tiga inovasi mulut diiktiraf

Tiga inovasi mulut diiktiraf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Tiga inovasi penjagaan kesihatan mulut yang dibangunkan syarikat tempatan, Evotooth Platinum Sdn. Bhd. berjaya meraih pengiktirafan The Asia Records.

Pencapaian itu membuktikan keupayaan penyelidikan dan pembangunan (R&D) tempatan dalam menghasilkan teknologi baharu bidang sains kesihatan dan pergigian.

Pengasasnya, Dr. Martin Ong berkata, pihaknya mengambil masa bertahun-tahun membangunkan teknologi berasaskan penyelidikan saintifik bagi menguatkan dan melindungi enamel gigi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Antara inovasi utama ialah buih memberus gigi tanpa fluorida untuk gigi sensitif, teknologi salutan berasaskan protein pelindung enamel gigi yang dipatenkan dan penciptaan tahap kelicikan permukaan gigi tertinggi selepas memberus.

Menurutnya, inovasi berkenaan mencerminkan komitmen syarikat dalam menyediakan penyelesaian penjagaan mulut yang lebih berkesan dan selamat.

“Pencapaian ini merupakan satu kejayaan besar dalam penjagaan kesihatan mulut pencegahan menerusi penyelesaian inovatif yang membantu meningkatkan perlindungan gigi serta kebersihan mulut,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini