Istiadat Kejadian Undang Luak Rembau ke-22 disempurnakan Sabtu ini

Istiadat Kejadian Undang Luak Rembau ke-22 disempurnakan Sabtu ini

TUNKU Ali Redhauddin Tuanku Muhriz ketika Majlis Istiadat Mengadap Datuk-Datuk Adat Luak Rembau di Istana Besar Seri Menanti di Kuala Pilah, hari ini. - UTUSAN / NOR SHAFIQAH MOHD GHAZALI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PILAH:  Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Almarhum Tuanku Munawir berkenan mengadakan Istiadat Mengadap Menjunjung Duli bagi menyempurnakan Kejadian Undang Luak Rembau pada Sabtu ini.  

Titah baginda itu disampaikan oleh Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz, ketika menerima menghadap Datuk-Datuk Adat Luak Rembau di Istana Besar Seri Menanti, hari ini.

“Saya difahamkan bahawa pemilihan penyandang Pesaka Dato’ Undang Luak Rembau telah dilaksanakan mengikut adat yang terpakai dan diamalkan dalam Luak Rembau.

“Saya ingin sampaikan titah perkenan ayahanda saya Tuanku Muhriz yang berkenan mengadakan Istiadat Mengadap Menjunjung Duli bagi menyempurnakan Kejadian Undang Luak Rembau.

“Bagi urusan dan persiapan istiadat tersebut, Dato’-Dato’ bolehlah berbincang dengan Orang Empat Istana. Saya doakan segala urusan istiadat berjalan lancar,”titahnya.

Istiadat Kejadian Undang Luak Rembau yang akan berlangsung Sabtu ini merupakan kemuncak proses adat dalam pelantikan Undang Luak Rembau selaras dengan amalan Adat Perpatih di Negeri Sembilan

Sementara itu, Pengerusi Istiadat Kerapatan Buapak Delapan Kampung Biduanda Waris Nan Dua Carak, Datuk Juan Datuk Zulkipli Shamsudin berkata, Hassan Ab Hamid yang berusia 67 tahun dipilih sebagai Undang Luak Rembau Ke-22. 

Menurutnya, pemilihan tersebut dibuat mengikut proses dan aturan Adat Perpatih yang ditetapkan.

“Selepas pemilihan benih itu dimuktamadkan, Kampung Tanjong turut mengadakan kerapatan dalam kalangan waris dan anak buah mengikut suku masing-masing.

“Hasil kerapatan tersebut, mereka telah sebulat suara memilih Hassan Ab Hamid untuk diangkat sebagai Undang Luak Rembau Ke-22,” katanya ketika ditemui.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×