Juruterbang AS dakwa jet ditembak dron Iran seperti ubur-ubur - Utusan Malaysia

Juruterbang AS dakwa jet ditembak dron Iran seperti ubur-ubur

GAMBAR fail sebuah dron dipercayai milik Iran. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Juruterbang pesawat pejuang McDonnell Douglas F-15 Eagle milik Amerika Syarikat (AS) yang ditembak jatuh oleh Iran pada April lalu mendakwa mengalami satu pengalaman yang sangat ganjil dan seolah-olah bersifat luar biasa ketika penerbangannya.

Sebelum berjaya melenting keluar dengan selamat, beliau mendakwa melihat sekumpulan dron Iran bergerak secara serentak sambil mengekalkan formasi yang menyerupai seekor ubur-ubur.

“Beberapa dron yang saling berhubung dan bergerak sebagai satu unit, dengan dron-dron yang lebih kecil berada di bawah dron yang lebih besar seperti kaki,” kata satu sumber kepada CNN kelmarin mengenai keterangan juruterbang tersebut.

“Memang betul-betul macam benda asing.”

Juruterbang itu berjaya dibawa keluar dari kawasan pergunungan terpencil di Iran selepas satu operasi menyelamat yang dramatik.

Beliau dilaporkan berjalan kaki sejauh kira-kira 113 kilometer dalam tempoh 36 jam di wilayah Iran sebelum berjaya diselamatkan.

Operasi itu melibatkan mobilisasi besar-besaran dengan penggunaan 155 pesawat, termasuk 64 pesawat pejuang, 48 pesawat pengisian minyak di udara, 13 pesawat penyelamat dan tiga helikopter.

Sehingga kini, tiada kata sepakat dalam kalangan komuniti perisikan mengenai bagaimana pesawat McDonnell Douglas F-15 Eagle tersebut ditembak jatuh.

Pegawai-pegawai juga tidak pasti bagaimana untuk menilai laporan juruterbang itu kerana gegaran otak yang dialaminya semasa nahas mungkin telah menjejaskan ingatannya terhadap kejadian tersebut.

Lebih mengejutkan, menurut laporan CNN, insiden pada April itu merupakan kali kedua juruterbang berkenaan ditembak jatuh sepanjang perang Iran. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN