Denmark buka semula kedutaan di Teheran

Denmark buka semula kedutaan di Teheran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

COPENHAGEN: Denmark membuka semula kedutaannya di Teheran selepas lebih tiga bulan menutupnya akibat konflik di Asia Barat, menurut Kementerian Luar hari ini.

“Berdasarkan peningkatan situasi keselamatan di Iran, kedutaan di Teheran kini dibuka semula,” menurut kenyataan perkhidmatan diplomatik Denmark.

Ia turut memaklumkan, Duta Denmark ke Iran kini kembali bertugas di premis kedutaan sejak 19 Jun.

Sementara itu, kedutaan Itali di Teheran yang turut ditutup selama lebih tiga bulan telah dibuka semula pada Jumaat.

Denmark mengarahkan penutupan sementara kedutaannya di Iran pada 10 Mac susulan situasi keselamatan yang semakin meruncing di negara itu.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×