Trump sedia jual senjata kepada Taiwan - Utusan Malaysia

Trump sedia jual senjata kepada Taiwan

TRUMP sedia berbincang untuk menjual senjata kepada Taiwan. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Presiden Donald Trump berkata pada Isnin bahawa beliau bersedia membincangkan penjualan senjata Amerika Syarikat (AS) kepada Taiwan semasa lawatannya ke Beijing minggu ini.

Beliau turut memberi bayangan bahawa hubungan peribadinya dengan Presiden Xi Jinping akan menghalang China daripada menyerang pulau itu.

Rumah Putih berkata, Trump akan membawa bersama beberapa eksekutif tertinggi Amerika termasuk bekas musuh ketatnya, bilionair Elon Musk dan Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Tim Cook, dalam lawatan yang dijangka banyak tertumpu kepada harapan presiden AS itu untuk meningkatkan perdagangan.

China berkata, ia berharap dapat mencapai kestabilan yang lebih besar antara dua ekonomi terbesar dunia sepanjang lawatan dari Rabu hingga Jumaat itu, yang merupakan lawatan pertama presiden AS sejak Trump berkunjung ke negara tersebut pada 2017.

Apabila ditanya sama ada AS harus terus menjual senjata kepada Taiwan, isu utama yang menimbulkan ketegangan dengan Beijing, Trump tidak menjawab secara langsung tetapi berkata: “Saya akan mengadakan perbincangan itu dengan Presiden Xi (Jinping).”

“Presiden Xi mahu kami tidak melakukannya, dan saya akan mengadakan perbincangan itu. Itu salah satu daripada banyak perkara yang akan saya bincangkan,” katanya kepada wartawan di Pejabat Oval, Washington DC.

Trump, selepas merujuk kepada pencerobohan Russia ke atas Ukraine berkata mengenai Taiwan: “Saya tidak fikir ia (pencerobohan China ke atas Taiwan) akan berlaku.”

“Saya fikir keadaan akan baik-baik saja. Saya mempunyai hubungan yang sangat baik dengan Presiden Xi. Dia tahu saya tidak mahu perkara itu berlaku,” katanya.

Ketika diminta mengulas kenyataan Trump itu, Kementerian Luar Taiwan berikrar untuk terus memperkukuh kerjasama dengan Amerika, penyokong keselamatan utama pulau itu dan membina keupayaan pencegahan yang berkesan demi bersama-sama mengekalkan keamanan serta kestabilan di Selat Taiwan.” 

Sebelum ini, sekumpulan senator AS yang diketuai Jeanne Shaheen, wakil rakyat parti Demokrat paling kanan dalam Jawatankuasa Hubungan Luar Senat berkata, Trump perlu segera meluluskan pakej senjata bernilai AS$14 bilion (RM55 bilion) untuk Taiwan. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN