Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Ismail berkenan bergambar bersama kepimpinan UMNO di Istana Besar Johor - Utusan Malaysia

Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Ismail berkenan bergambar bersama kepimpinan UMNO di Istana Besar Johor

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bersama Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail diiringi Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi bergambar di Tangga Selat, Istana Besar Johor sempena sambutan ulangtahun ke-80 parti itu, hari ini. UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap barisan kepimpinan tertinggi UMNO di Istana Besar Johor sempena sambutan ulangtahun ke-80 parti itu, di sini hari ini.

Hadir sama, Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail.

Baginda berdua turut berkenan mengambil gambar bersama kepimpinan parti itu di Tangga Selat, Istana Besar Johor sebagai simbolik meraikan tertubuhnya parti tersebut di istana berkenaan pada 11 Mei 1946.

Ketibaan baginda berdua kira-kira pada pukul 11.10 pagi itu disambut Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi serta Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Difahamkan, antara pengisian program tersebut termasuklah bacaan tahlil ringkas.

Barisan MKT UMNO juga dijadualkan untuk mengadakan mesyuarat di Pejabat Perhubungan UMNO Negeri Johor, pada pukul 3 petang ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×