Beri Pahang teroka hasil bumi

Beri Pahang teroka hasil bumi

Yusri Yusof
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Kerajaan Persekutuan diminta memberikan kelulusan segera bagi membolehkan Pahang meneroka dan meng­eksport hasil bumi termasuk pasir sungai, bauksit dan mineral lain berkualiti tinggi.

Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Pahang, Yusri Yusof berkata, permintaan tinggi dari luar negara diyakini mampu meningkatkan pendapatan ne­geri sekali gus memperkukuh kedudukan Pahang sebagai negeri makmur dan membela kebajikan rakyat.

“DPMM Pahang menyokong penuh titah Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah agar kelulusan eksport pasir diberikan dengan segera kepada kerajaan negeri.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selain pasir, Pahang mempunyai khazanah hasil bumi lain seperti bijih besi, emas dan silika yang wajar dimanfaatkan secara sah dan berintegriti,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Yusri mengingatkan kerajaan negeri dan agensi berkaitan yang diberi kuasa menguruskan permohonan dan operasi perlombongan melaksanakan tanggungjawab dengan penuh amanah, telus dan berintegriti.

“Hasil bumi ini bukan sekadar sumber ekonomi tetapi juga strategik negeri yang perlu diuruskan dengan bijaksana demi kesejahteraan rakyat dan ne­geri,” tegasnya.

Ketika bertitah pada Istiadat Pembukaan dan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang Ke-15, Tengku Hassanal menzahirkan kekecewaan ter­hadap beberapa keputusan kerajaan Persekutuan yang didakwa tidak memihak kepada hak dan kepentingan negeri ini.

Baginda bertitah, kerajaan Pusat perlu lebih cakna terhadap hak negeri termasuk dalam soal hasil bumi, pelaksanaan projek serta bidang kuasa perundangan di negeri ini.

Susulan itu, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dalam kenyataannya berharap kerajaan Persekutuan memberikan pertimbangan sewajarnya berhubung kelulusan eksport pasir sungai kepada Pahang.

Ia bagi memastikan sumber hasil negeri diurus secara bertanggungjawab, lestari dan memberi pulangan terbaik kepada negeri serta rakyat.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini