Misi sukar runtuh tembok China

Misi sukar runtuh tembok China

Tumpuan terarah kepada jaguh profesional negara, Lee Zii Jia yang dijangka menjadi sandaran utama untuk mencuri mata penting. - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kem perseorangan negara memikul tanggungjawab besar apabila wajib menghadiahkan sekurang-kurangnya satu mata untuk membuka laluan ke separuh akhir Piala Thomas yang berlangsung di Horsens, Denmark hari ini.

China yang sinonim dengan dominasi dalam acara perseorangan sekali lagi menjadi penghalang utama kepada impian Malaysia untuk mara lebih jauh.

Prestasi tidak menentu Leong Jun Hao dan Justin Hoh yang masih mencari rentak menambah kebimbangan, apatah lagi mereka berpotensi berdepan pemain elit seperti Li Shi Feng dan Weng Hong Yang.

Tumpuan kini terarah kepada jaguh profesional negara, Lee Zii Jia yang dijangka menjadi sandaran utama untuk mencuri mata penting.

Jika diturunkan menentang Lu Guang Zu, rekod pertemuan 5-2 jelas memihak kepada Zii Jia, sekali gus memberi kelebihan psikologi buat wakil negara itu.

Momentum kemenangan ke atas Koki Watanabe sebelum ini turut menjadi tonik penting, namun tekanan aksi berpasukan mampu mengubah segalanya.

Dalam masa sama, sektor beregu lelaki turut menjadi sandaran utama apabila kedua-dua pasangan tidak boleh keciciran mata jika Malaysia mahu mencipta kejutan.

Pertembungan antara Aaron Chia-Soh Wooi Yik menentang Liang Wei Keng-Wang Chang dijangka sengit, meskipun rekod 3-9 tidak memihak kepada Malaysia.

Misi sukar turut menanti beregu negara untuk menumbangkan pasangan He Ji Ting-Ren Xiang Yu yang kembali mencuri tumpuan di pentas kompetitif.

Justeru, bukan sahaja perseorangan perlu menyumbang satu mata, malah beregu lelaki memikul misi berat untuk menyapu dua mata penuh bagi menumbangkan tembok besar China. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×