Kerjasama ummah bermula di Negeri Sembilan - Pas

Kerjasama ummah bermula di Negeri Sembilan – Pas

AHMAD FADHLI SHAARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pas memberi bayangan penjajaran semua parti politik mungkin berlaku di Negeri Sembilan susulan UMNO/Barisan Nasional (BN) menarik sokongan terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun hari ini.

Perkara itu dinyatakan secara ringkas Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari di laman sosial Facebook.

“Tahniah UMNO Negeri Sembilan memulakan langkah penyatuan ummah!” tulisnya.

Seramai 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO/BN Negeri Sembilan menarik sokongan terhadap Aminudin yang juga ADUN PKR Sikamat.

Sebanyak 19 kerusi diperlukan untuk majoriti mudah dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) yang mempunyai 36 kerusi, dan PH mempunyai 17 kerusi. Lima lagi kerusi milik pembangkang iaitu Perikatan Nasional (PN). – UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×