Selangor, beberapa negeri alami ribut petir sehingga 6 petang ini.

Selangor, beberapa negeri alami ribut petir sehingga 6 petang ini.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir yang melibatkan beberapa negeri di Semenanjung yang dijangka berterusan sehingga pukul 6 petang ini.

Menerusi kenyataan MetMalaysia berkata, cuaca buruk seperti ribut petir, hujan lebat serta angin kencang dijangka melanda beberapa kawasan di Perlis, Pulau Pinang, Kelantan (Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Gua Musang) dan Negeri Sembilan (Jelebu dan Jempol).

MetMalaysia turut mengeluarkan amaran sama bagi beberapa daerah di Terengganu iaitu Hulu Terengganu serta Pahang di Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran, Bera dan Rompin.

Keadaan sama diramal berlaku di Johor membabitkan daerah Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Pontian dan Johor Bahru serta di Kedah yang melibatkan daerah Kubang Pasu, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.

Di Selangor pula, daerah yang dijangka terjejas ialah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Kuala Langat

Sementara itu di Perak kawasan yang membabitkan Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.

Orang ramai dinasihatkan sentiasa berwaspada terhadap kemungkinan banjir kilat dan pokok tumbang serta sentiasa mengikuti perkembangan cuaca yang terkini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×