WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) mengesahkan bahawa anggota tenteranya telah menaiki sebuah kapal di Lautan Hindi yang membawa minyak dari Iran, dalam operasi sekatan maritim terbaharu terhadap Teheran.
Jabatan Pertahanan AS berkata, operasi itu melibatkan sebuah kapal tangki yang disyaki membawa minyak Iran, sebagai sebahagian daripada tindakan menguatkuasakan sekatan ke atas rangkaian eksport minyak negara tersebut.
Dalam satu kenyataan, ia telah melaksanakan sekatan maritim, iaitu pemintasan atau pemeriksaan kapal oleh tentera laut.
Pemeriksaan itu dilakukan terhadap kapal yang disyaki bermusuhan atau melanggar undang-undang ke atas kapal M/T Majestic X.
Amerika telah memintas beberapa kapal sejak mengenakan sekatan ke atas trafik maritim keluar masuk pelabuhan Iran pada 13 April.
Pemintasan terbaharu ini berlaku ketika Presiden Donald Trump mengarahkan tentera laut AS untuk menembak mana-mana bot yang meletakkan periuk api di laluan perkapalan penting Selat Hormuz.
Berdasarkan sekatan tersebut, Markas Pusat AS berkata, ia telah mengarahkan 33 kapal untuk berpatah balik ke pelabuhan.
Jabatan Pertahanan AS menyatakan ia akan terus menghalang kapa-kapal yang disyaki memberi sokongan material kepada Iran di mana sahaja ia beroperasi.
Iran menyifatkan salah satu pemintasan kapal yang dilakukan oleh AS awal minggu ini sebagai lanun. – AFP/AGENSI










