Cubaan bunuh Ahli Parlimen Narathiwat: Bekas kapten marin ditahan cuba lari ke Myanmar

Cubaan bunuh Ahli Parlimen Narathiwat: Bekas kapten marin ditahan cuba lari ke Myanmar

VIROJ Ketumanee salah seorang suspek cubaan bunuh Ahli Parlimen Narathiwat ditahan pihak berkuasa semasa berada dilintasan sempadan Thailand-Myanmar di Moo 9, Mukim Nong Lu, Sangkhlaburi, Thailand hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NARATHIWAT (THAILAND): Seorang lagi suspek utama cubaan bunuh Ahli Parlimen Kawasan 5 Narathiwat, Kamonsak Leewamoh atau Wan Johan ditahan semasa cuba melarikan diri ke Myanmar, hari ini.

Suspek, Viroj Ketumanee yang merupakan bekas kapten marin ditahan menerusi operasi khas polis dan Pasukan Petugas Lad Ya berhampiran lintasan sempadan Thailand-Myanmar di Moo 9, Mukim Nong Lu, Sangkhlaburi pada pukul 2.30 petang.

Sumber Pusat Operasi Keselamatan Dalam Negeri Wilayah 4 (ISOC 4) berkata, sejurus selepas ditahan, suspek dibawa ke Bangkok untuk siasatan lanjut bagi menentukan motif sebenar dan pihak lain yang mungkin terlibat dalam serangan ke atas Wan Johan.

Katanya, semasa ditahan oleh pihak berkuasa, suspek tidak bertindak agresif.

“Sebelum serbuan, Unit Rondaan Sempadan ke-3312 telah menerima maklumat mengatakan suspek sedang bersembunyi di satu kawasan di Ban Bo Japan.

“Susulan itu, pasukan penyelarasan yang disertai Pegawai Siasatan Polis Wilayah Kanchanaburi Kolonel Polis Mana Samranwong dan Ketua Polis Daerah Sangkhlaburi Kolonel Polis Santi Pitaksakul membuat kepungan sebelum menangkap suspek,” katanya ketika di hubungi Utusan Malaysia.

Sumber itu berkata, setakat ini semua lima suspek yang dikeluarkan waran tangkap susulan serangan itu telah ditahan.

“Kelima-lima mereka ialah seorang bekas anggota marin yang juga penyelaras serangan, Somporn Langdech; Alawi Awae (pemandu); Sunthorn Promphakdee (pemilik bengkel); Thanaphat Wattanapinyo (bekas renjer dan penembak); dan Kapten Viroj (bekas anggota marin).

“Sementara itu, pasukan penyiasat termasuk dari Ibu Pejabat Polis Diraja Thailand di Bangkok dan Polis Wilayah 9 sedang dalam proses mengumpulkan bukti tambahan bagi meneruskan tindakan undang-undang,” ujarnya.

Utusan Malaysia 20 Mac lalu melaporkan, Wan Johan terselamat dalam cubaan bunuh di hadapan rumahnya di Mukim Bacho, Daerah Bacho.

Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira pukul 1 pagi itu, seorang anggota polis yang juga sepupunya, Sarjan Polis Harirak Heemmina, 43, dan pemandu, Uchalam Kohloh, 55, cedera parah terkena beberapa das tembakan. – UTUSAN

P

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×