Maskot Transformers santuni 137 murid Tahun Satu

Maskot Transformers santuni 137 murid Tahun Satu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEHADIRAN maskot robot Transformers Optimus Prime (merah) dan Bumblebee (kuning) mewarnai kemeriahan Program Penutup Cemerlang Transisi Tahun Satu dan peluncuran Pendidikan Pendigitalan Robotik bersama Smart TV YAPIEM For Education di Sekolah Kebangsaan (SK) Jerantut Jaya, bandar Jerantut, Pahang baru-baru ini.

Guru Besarnya, Jamalludin Baharun berkata, program itu untuk meraikan seramai 137 murid Tahun Satu setelah dapat menyesuaikan diri menerusi aktiviti menarik yang diatur oleh guru dalam tempoh sebulan.

Kemuncak program itu ialah penyerahan televisyen pintar 75 inci daripada Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPIEM) Pahang yang merupakan kali pertama sempena peluncuran Pendidikan Pendigitalan Robotik sekolah ini.

“Kita juga turut menyantuni kehadiran seramai 250 ibu bapa dan penjaga yang meraikan aktiviti pembelajaran dan sosial anak mereka yang kini mula belajar di Tahun Satu serta dapat melihat lebih dekat dua maskot tersebut,” katanya.

Turut hadir Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Jerantut, Nasaruddin Ismail; Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Ahmad Pisol Abu Talib; Pengurus Sumber Dana YAPIEM Pahang, Ahmad Firdaus Alam Kubat dan Pegawai Sumber Dana YAPIEM, Mohd. Nazwan Nadzri.

Lebih menarik, ibu bapa dan penjaga turut berpeluang berada di dalam kelas anak masing-masing semasa sesi pembelajaran termasuk menghadiri perhimpunan serta mengemas kini data maklumat keluarga dalam aplikasi Moies Kementerian Pendidikan Malaysia..

“Program kolaborasi dengan Yayasan YAPIEM ini turut dimeriahkan dengan aktiviti membaca buku cerita bahasa Melayu, Inggeris, Arab dan senaman Chicken Dance Fun,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN