Bayi maut selepas dibiar makan semut, lipas - Utusan Malaysia

Bayi maut selepas dibiar makan semut, lipas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGIA: Seorang bayi berusia 12 bulan meninggal dunia selepas didakwa makan semut dan lipas ketika ditinggalkan selama 12 jam di rumahnya yang kotor oleh ibunya.

Kanak-kanak itu ditemukan maut oleh polis yang tiba di rumahnya di Atlanta, Georgia, Amerika Syarikat (AS) selepas menerima laporan mengenai kes serangan jantung.

Penyiasat berkata, Sherry Magby, 37, meninggalkan bayi itu di rumah bersama lima adik-beradiknya, dengan yang paling tua berusia 10 tahun.

Menurut waran tangkap, Magby kini berdepan enam pertuduhan penderaan dan pengabaian kanak-kanak.

Mangsa didakwa ditinggalkan tanpa makanan mencukupi atau keadaan tempat tinggal yang sesuai, dengan rumah tersebut berbau busuk serta kotor, lapor media tempatan.

Polis berkata, anak sulungnya memberitahu bayi tersebut makan serangga sebelum ditemukan meninggal dunia kerana makanan tidak mencukupi.

Katanya, kanak-kanak terbabit ditugaskan untuk menjaga empat adik adiknya yang lain masing-masing berusia dua tahun, empat tahun, enam tahun dan lapan tahun.

Seorang jiran yang enggan dikenali memberitahu media tempatan, dia sering melihat kanak-kanak itu bermain di luar rumah pada waktu malam tanpa kehadiran ibu mereka.

“Kalau saya tahu mereka tiada makanan, saya akan beri mereka makan. Sangat menyedihkan apabila kanak-kanak kecil terpaksa hidup seperti ini,” katanya.

Magby kini ditahan tanpa jaminan polis dan pihak berkuasa menyatakan pertuduhan tambahan mungkin dikenakan ketika siasatan masih berjalan.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×