ANKARA: Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan memberi amaran mengenai ancaman provokasi dan sabotaj yang berkemungkinan boleh menjejaskan perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui antara Iran dan Amerika Syarikat (AS).
Dalam mesej di platform X, beliau mengalu-alukan perjanjian saat akhir itu.
“Kami berharap gencatan senjata ini akan dilaksanakan sepenuhnya di lapangan tanpa memberi sebarang ruang kepada kemungkinan provokasi dan sabotaj,” tegasnya.
Sementara itu, Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) menegaskan mereka masih bersedia untuk bertindak walaupun gencatan senjata dicapai. Pasukan itu turut menyatakan mereka ‘tidak mempercayai’ janji-janji yang dibuat AS.-AFP










