AS cadang gencatan senjata 48 jam melalui pengantara

AS cadang gencatan senjata 48 jam melalui pengantara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) mencadangkan gencatan senjata selama 48 jam dengan Iran pada 2 April melalui negara ketiga, lapor agensi berita separa rasmi Fars pada Jumaat, memetik sumber yang dimaklumkan.

“AS, pada 2 April, mencadangkan gencatan senjata selama 48 jam melalui salah sebuah negara sahabat,” kata sumber itu kepada Fars.

Cadangan tersebut dibuat susulan “ketegangan yang semakin memuncak serta cabaran yang dihadapi oleh tentera AS di rantau berkenaan, tambah sumber itu.

Menurut agensi berita itu, Iran tidak memberikan maklum balas secara bertulis, sebaliknya memberi respons ‘di lapangan’ dengan meneruskan serangan berat.

Sumber itu turut berkata, usaha diplomatik AS untuk menghentikan pertempuran semakin dipergiatkan, khususnya selepas laporan serangan ke atas depot ketenteraan AS di Pulau Bubiyan di Kuwait.

AS dan Israel pada 28 Februari melancarkan serangan udara ke atas Iran, yang setakat ini mengorbankan lebih 1,340 orang, termasuk Pemimpin Tertinggi ketika itu, Ayatollah Ali Khamenei.

Iran bertindak balas dengan melancarkan serangan dron dan peluru berpandu yang menyasarkan Israel, serta Jordan, Iraq dan negara Teluk yang menempatkan aset ketenteraan AS, menyebabkan korban jiwa dan kerosakan infrastruktur selain mengganggu pasaran global serta sektor penerbangan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×