Biskut raya laris saat akhir

Biskut raya laris saat akhir

NURUL Kamila Awang menunjukkan biskut raya yang dijual di gerainya di Bandar Permaisuri, Setiu, Terengganu. - UTUSAN / WAN ZURATIKAH IFFAH WAN ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SETIU: Seorang peniaga dari Bandar Permaisuri di sini, tidak menang tangan apabila permintaan terhadap biskut raya melonjak mendadak seminggu sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Nurul Kamila Awang, 41, berkata, situasi ‘pembelian saat akhir’ menjadi kebiasaan orang ramai terutama ketika musim perayaan apabila mereka berpusu-pusu keluar berbelanja di hujung Ramadan.

“Dalam tempoh sebulan berniaga biskut raya di Bandar Permaisuri boleh dikatakan pembelian setiap hari tetap ada walaupun pelanggan tidak ramai dan mencecah 2,000 balang dalam tempoh 20 hari.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Namun, di hujung Ramadan, jualan kuih raya ini meningkat sehingga 5,000 balang ekoran orang ramai mulai membuat persiapan juadah raya dan pencuci mulut,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia.

Menurutnya, semua biskut yang dijualnya adalah biskut traditional dan terkini yang tular dalam kalangan masyarakat.

Lebih menarik biskut berkenaan dijual lebih murah dengan tawaran kombo iaitu lima balang berharga di bawah RM100 berbanding belian setiap satu balang iaitu daripada harga RM10 hingga RM50 satu balang. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini