Malaysia berdepan siasatan buruh paksa oleh AS

Malaysia berdepan siasatan buruh paksa oleh AS

SELAIN Malaysia, beberapa negara terlibat termasuk sekutu AS seperti Australia, Kanada, Kesatuan Eropah (EU), United Kingdom, Israel, India, Qatar dan Arab Saudi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia tersenarai antara 60 negara yang berdepan siasatan oleh Wakil Perdagangan Amerika Syarikat (USTR) di bawah Seksyen 301(b) Akta Perdagangan 1974 berhubung dakwaan buruh paksa.

Selain Malaysia, beberapa negara terlibat termasuk sekutu AS seperti Australia, Kanada, Kesatuan Eropah (EU), United Kingdom, Israel, India, Qatar dan Arab Saudi.

Selain itu, kuasa ekonomi seperti China dan Russia turut berada dalam senarai berkenaan.

USTR berkata, siasatan tersebut melibatkan kegagalan mengharamkan dan menguatkuasakan sekatan secara berkesan terhadap import barangan yang dihasilkan menggunakan buruh paksa.

“Hasil siasatan itu akan menilai sama ada tindakan, dasar atau amalan ekonomi negara yang terlibat bersifat tidak munasabah atau diskriminasi.

“Siasatan itu turut menilai sama ada langkah berkenaan membebankan atau menyekat perdagangan Amerika Syarikat (AS) atau sebaliknya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Langkah tersebut dibuat ketika AS semalam turut mengumumkan siasatan perdagangan terhadap isu lebihan kapasiti industri di Malaysia dan 15 lagi negara.

Dalam pada itu, Wakil Perdagangan AS, Jamieson Greer berkata, banyak negara didakwa masih gagal menghalang barangan yang dihasilkan melalui amalan buruk paksa daripada memasuki pasaran masing-masing walaupun wujud tentangan konsensus antarabangsa.

Menurutnya, siasatan itu akan menilai sama ada negara terlibat mengambil langkah mencukupi untuk melarang import barangan yang dihasilkan menggunakan buruh paksa serta bagaimana kegagalan menangani isu berkenaan memberi kesan kepada pekerja dan perniagaan di AS.

Jamieson berkata, pihaknya akan mengadakan rundingan dengan negara-negara terlibat.

Katanya, pendengaran awam dijadualkan berlangsung pada 28 April ini, manakala kenyataan bertulis serta permohonan untuk menghadiri sesi tersebut perlu dikemukakan sebelum 15 April. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×