Malaysia beri penjelasan isu Akta Perdagangan AS

Malaysia beri penjelasan isu Akta Perdagangan AS

JOHARI ABDUL GHANI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia sudah memberi penjelasan kepada Amerika Syarikat (AS) mengenai dakwaan lebihan kapasiti struktur dan pengeluaran serta penggunaan buruh paksa yang menjadi antara isu dalam siasatan di bawah Seksyen 301(b) Akta Perdagangan 1974 negara itu. 

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, Malaysia telah mematuhi undang-undang dengan sewajarnya.

“Kita telah mengemukakan semuanya. Kita telah memaklumkan bahawa kita tidak mempunyai isu tersebut,” katanya selepas sesi dialog Concorde Club di Wisma Bernama, hari ini

Pada 13 Mac lalu, Pejabat Wakil Perdagangan Amerika Syarikat (USTR) memulakan siasatan terhadap 60 ekonomi bawah Seksyen 301(b) Akta Perdagangan 1974 berhubung kegagalan mengambil tindakan terhadap amalan buruh paksa dalam perdagangan.

Senarai ekonomi yang terlibat dalam siasatan itu termasuk rakan dagang utama AS seperti Mexico, Kanada, China, Jepun dan United Kingdom (UK).

Selain Malaysia, enam negara ASEAN turut disiasat iaitu Kemboja, Indonesia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN