Konsisten namun tuah belum menyebelah

Konsisten namun tuah belum menyebelahi Aaron Chia-Soh Wooi Yik

Aaron Chia-Soh Wooi Yik terkandas awal di Terbuka Indonesia, kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Konsisten menjejak pentas akhir namun tuah masih belum menyebelahi, itulah gambaran paling tepat terhadap perjalanan beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang sekali lagi terlepas gelaran Kejohanan Badminton All England selepas tewas di aksi final, semalam.

Kekalahan kepada pasangan No.1 dunia dari Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Seung Jae 18-21, 21-12, 21-19 di Utilita Arena Birmingham menyaksikan Aaron-Wooi Yik terpaksa berpuas hati sebagai naib juara buat kali ketiga selepas turut kecundang pada edisi 2019 dan 2024.

Lebih pahit, ianya juga menjadi kegagalan kelapan mereka di pentas final kejohanan bertaraf Super 1000 sekali gus menyaksikan gelaran besar pertama masih belum berjaya digapai.

Wooi Yik mengakui kekalahan itu mengecewakan, namun percaya mereka kini semakin hampir untuk memecahkan kebuntuan selepas kerap menembusi pentas final di kejohanan besar.

“Sudah tentu kami sedikit kecewa, tetapi kami perlu teruskan seperti biasa kerana saya dan Aaron sudah banyak kali berada di pentas final dan kali ini kami sebenarnya sangat hampir untuk menang,” kata Wooi Yik.

Menurutnya pengalaman beraksi di pentas final besar itu diharap dapat membantu mereka menghadapi kejohanan utama selepas ini.

“Kami dapat melihat bahawa kami semakin hampir dan kami berharap pada kejohanan besar seterusnya dapat menggunakan pengalaman daripada perlawanan ini,” katanya lagi.

Kekalahan itu menyaksikan kemarau gelaran All England bagi acara beregu lelaki masih belum terjawab selama 19 tahun berikutan kali terakhir dimenangi oleh legenda Tan Boon Heong-Koo Kien Keat pada edisi 2007.

Sementara itu, Aaron mengakui kekalahan tersebut tetap memberi banyak pengajaran walaupun mereka sekali lagi terlepas peluang memenangi gelaran Super 1000 buat kali kelapan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×