Ketegangan Afghanistan-Pakistan perlu selesai secara dialog, diplomatik

Ketegangan Afghanistan-Pakistan perlu selesai secara dialog, diplomatik

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia menggesa agar ketegangan antara Afghanistan dan Pakistan diselesaikan melalui dialog serta saluran diplomatik.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia bagi mengelakkan konflik berpanjangan yang hanya akan membawa kesengsaraan kepada rakyat selain menjejaskan keamanan dan kestabilan rantau.

Menurut Perdana Menteri, pendirian itu disuarakan ketika beliau berhubung dengan Pemangku Perdana Menteri Afghanistan, Mullah Mohammad Hassan Akhund malam tadi bagi membincangkan perkembangan terkini susulan ketegangan yang semakin memuncak antara kedua-dua negara.

Katanya, kedua-dua negara perlu menahan diri serta mengelakkan sebarang tindakan yang boleh memburukkan lagi keadaan.

“Tindakan ketenteraan yang telah meragut ratusan nyawa di kedua-dua belah pihak mesti dihentikan segera.

“Ketegangan ini perlu ditangani melalui dialog dan saluran diplomatik bagi mengelakkan konflik berpanjangan yang hanya akan membawa kesengsaraan kepada rakyat,” gesa beliau.-

Media semalam melaporkan semakin ramai penduduk di sempadan Pakistan-Afghanistan meninggalkan rumah masing-masing apabila bedilan dan letupan bertambah kerap pada hari ketujuh pertempuran antara tentera kedua-dua pihak.

Pertempuran terburuk dalam beberapa tahun itu selepas serangan udara Pakistan ke atas bandar-bandar utama Afghanistan minggu lalu.

Ia menambah ketegangan serantau yang sudah berdepan kebimbangan akibat serangan Amerika Syarikat (AS)-Israel ke atas Iran.

Islamabad berkata, serangan udaranya, yang pada masa tertentu menyasarkan kerajaan Taliban, bertujuan menghentikan pengganas menggunakan wilayah Afghanistan untuk menyerang Pakistan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×