Mangsa banjir di Sabah meningkat kepada 6,969 orang, babit tiga daerah

Mangsa banjir di Sabah meningkat kepada 6,969 orang, babit tiga daerah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Mangsa banjir di Sabah meningkat kepada 6,969 orang membabitkan tiga daerah iaitu Beaufort, Membakut dan Tenom setakat pukul 5 petang tadi.

Berdasarkan laporan kenyataan Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Sabah, Tenom terus mencatatkan peningkatan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu seramai 5,246 orang.

Dua lagi daerah terjejas iaitu Beaufort dengan mangsa seramai 1,462 dan  Membakut (202) orang.

Memuatkan artikel berkaitan…

Di daerah Tenom, sebanyak 28 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah dibuka melibatkan Dewan Jinuin Jimin, Dewan Masyarakat Sri Antenom, Sekolah Kebangsaan (SK) Mandalom Lama, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Entabuan, Dewan Terbuka Angalor, Rumah Kebudayaan Pantongan Saga, Dewan Sri Antraros, Rumah Kebudayaan Pagiokon Laut, SJK (C) Chungh Hwa, Tabika Desa Sapong, Dewan Kebudayaan Gumisi Ulu, Dewan Kampung Pamaluyan dan Dewan Terbuka Labut 2.

PPS lain ialah di Rumah Kebudayaan Paguokon Laut, Rumah Kebudayaan Lalandang, Rumah Kebudayaan Maugus, Rumah Kebudayaan Uloi Makagas, Rumah Kebudayaan Mandalon Lama, Rumah Kebudayaan Kalang Kanar,  Dewan Gereja RC Bangkulin, Rumah Kebudayaan Kaliwata Baru, Rumah Kebudayaan Lalandang, Rumah Kebudayaan Uloi Makagas, Rumah Kebudayaan Batu-Batu, Dewan Terbuka Saga, Rumah Kebudayaan Skim Kuala Tomani, Rumah Kebudayaan Kalalasan, Rumah Kebudayaan Maugus dan Dewan Terbuka Sindungon.

Bagi daerah Beaufort pula, llima buah PPS dibuka melibatkan Pusat Pemindahan Kekal Selagon, Dewan Dun Banir, Dewan Kesenian dan Kebudayaan Bisaya, Dewan Residensi Pr1ma Woodford Estate dan Masjid Darul Ikhlas.

Di Membakut, tiga PPS telah dibuka melibatkan Dewan Kesenian Islam, SMK St Patrik dan SMK Membakut. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini