Tiga anak Allahyarham Tun Daim ada di luar negara  - Imigresen

Tiga anak Allahyarham Tun Daim ada di luar negara  – Imigresen

ZAKARIA SHAABAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tiga daripada empat anak Allahyarham Tun Daim Zainudin yang sedang dikesan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, (SPRM) bagi membantu siasatan kes berada di luar negara.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, berdasarkan rekod, ketiga-tiga mereka dikesan keluar dari Malaysia pada hujung Januari dan awal bulan ini.

Bagaimanapun, katanya, lokasi keberadaan mereka tidak dapat didedahkan memandangkan siasatan sedang dijalankan oleh SPRM.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ya, saya sahkan mereka sudah pun keluar dari Malaysia kecuali seorang (anak Allahyarham Tun Daim) yang buat masa ini tiada rekod pergerakan keluar dari negara ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Kata Zakaria, pihaknya akan menyalurkan maklumat diperlukan oleh SPRM berdasarkan rekod jabatan itu.

Semalam, SPRM mengesan empat anak Tun Daim bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 36(1)(b) Akta SPRM 2009.

SPRM dalam kenyataan berkata, Individu yang sedang dikesan ialah Asnida Abdul Daim yang mempunyai alamat terakhir di No. 6, Lot 545, Lorong Pelangi Pagi D, Country Heights, 43000 Kajang, Selangor.

Turut dikesan ialah Md Wira Dani Abdul Daim dengan alamat terakhir di No. 333, Jalan Kolam Air, Taman Melawati, Ulu Klang, 53100 Kuala Lumpur.

Dua lagi ialah Muhammed Amir Zainuddin dan Muhammed Amin Zainuddin yang mempunyai alamat terakhir di No. 6, Persiaran Bukit Tunku, Bukit Tunku, 50480 Kuala Lumpur.

Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai kesemua individu terbabit diminta menghubungi pegawai penyiasat, Mohamad Daeem Mohd Ali di talian 017-9127217 atau emel [email protected].

Maklumat juga boleh disalurkan kepada Ahmad Aiman Ramly di talian 011-61930814 atau emel [email protected].

Selain itu, orang ramai turut boleh menghubungi Muhamad Ridhwan Mat Hussain di talian 019-9895174 atau emel [email protected] serta Hardiansyah Ismail di talian 013-5639147 atau emel [email protected] bagi membantu siasatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini