Rakyat jangan terperangkap isu memecah-belahkan masyarakat

Rakyat jangan terperangkap isu memecah-belahkan masyarakat

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERI KEMBANGAN: Rakyat Malaysia diminta memberikan tumpuan kepada perkara yang lebih besar dan memberi kebaikan pada negara terutama yang mampu menentukan masa depan negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, rakyat tidak seharusnya terperangkap dengan isu-isu yang boleh memecah-belahkan masyarakat.

Kata beliau, kekuatan Malaysia adalah terletak pada perpaduan rakyatnya yang berbilang kaum dan saling menghormati budaya serta agama masing-masing, sekali gus menjadi asas kepada kestabilan dan kemakmuran negara.

“Kita menghormati nilai manusia, kita tahu budaya dan ketinggian nilai kemanusiaan dan ini yang kita pupuk supaya fokus kita kepada nilai serta kekuatan ekonomi.

“Kadang-kadang di Malaysia ini terlalu banyak diheret kepada isu-isu kecil dan kita lupa kalau ekonomi kita tidak kukuh, pelaburan tidak meningkat, tidak ada harapan untuk anak-anak muda kita dari segi pekerjaan dan mutu pendidikan,” katanya ketika menyampaikan ucapan di Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina Huazong 2026, di sini hari ini.

Turut sama hadir, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke; Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek; Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing; Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming; Presiden Huazong, Datuk Lim Kah Chuan serta Duta Besar China ke Malaysia, Ouyang Yujing. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×