Pertaruh nyawa bukti nilai kemanusiaan - Anwar

Pertaruh nyawa bukti nilai kemanusiaan – Anwar

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tindakan tujuh pemuda yang bertindak pantas menyelamatkan seorang ibu dan dua anak kecil dalam nahas di Tasik Biru, Kundang, Rawang semalam mencerminkan nilai kemanusiaan dan ihsan yang amat tinggi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tindakan nekad pemuda terbabit yang mengutamakan nyawa mangsa walaupun berdepan risiko terhadap keselamatan diri sendiri wajar dipuji.

“Saya tersentuh tatkala membaca kisah keberanian tujuh pemuda yang bertindak pantas terjun ke dalam tasik bagi menyelamatkan seorang ibu dan dua anak kecil yang terlibat dalam nahas di Kundang kelmarin.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tindakan nekad mereka yang mendahulukan nyawa orang lain walaupun keselamatan diri sendiri menjadi taruhan telah menyelamatkan tiga nyawa. Penghargaan setulusnya buat tujuh pemuda ini.

“Keberanian dan keikhlasan kalian mencerminkan nilai kemanusiaan dan ihsan yang amat bermakna,” katanya dalam hantaran Facebook beliau, semalam.

Dalam kejadian pukul 12 tengah malam itu, seorang wanita berusia 40-an bersama dua anak perempuan berusia tiga dan enam tahun berjaya diselamatkan sebelum dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut.

Salah seorang pe­muda itu, Mohamad Fahmi Ismail, 33, berkata, ketika kejadian, dia sedang menikmati juadah moreh sebelum dimaklumkan dalam kumpulan WhatsApp komuniti bahawa terdapat kereta Proton X50 tenggelam di Tasik Biru.

Dia bersama rakan-rakan kemudian bergegas ke lokasi kejadian, sebaik tiba, mendapati suasana bertukar panik dengan jeritan dan tangisan kanak-kanak dari dalam kereta berkenaan yang hampir tenggelam

Anwar kemudian penghargaan setulusnya buat tujuh pemuda itu kerana keberanian dan keikhlasan kalian mencerminkan nilai kemanusiaan dan ihsan yang amat bermakna. 

“Saya juga mendoakan se­moga ibu serta kedua-dua anak ini diberikan kesembuhan dan terus berada dalam perlindungan Allah,” katanya

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×